Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Apa khabar Semua?Semoga anda dan keluarganya sentiasa dilimpahi rahmat, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan.
Kata orang, kalau nak jadi wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, kalau nak jadi perompak, berkawanlah dengan perompak dan kalau nak jadi kaya dan berjaya, kelilingilah hidup kita dengan orang yang kaya dan berjaya. Berjaya di dunia dan mudah-mudahan membawa kepada kejayaan di akhirat kelak Insya-Allah.
Tahniah saya ingin mengucapkan kepada anda yang telah memulakan langkah mengikuti jejak-jejak orang yang berjaya melalui program-program saya selama ini.
Untuk pengetahuan [[Nama]], kepakaran saya adalah di dalam bidang pengiklanan dan strategi pemasaran melalui syarikat saya sejak tahun 2001 lagi. Saya juga merupakan peneraju bidang latihan dan pembangunan manusia dan hampir 10 tahun ini saya telah menjalankan banyak latihan-latihan "In-House" corporate training serta sejak 2 tahun sebagaimana yang anda lihat mula meluaskan perkongsian ilmu serta pengalaman perniagaan saya untuk membantu sedikit sebanyak anda di luar sana yang memerlukan ilmu, mentor dan sistem. Anda boleh dapatkan akhbar Berita Harian hari ini (Khamis 13 Mei 2010) untuk mengetahui lebih lanjut tentang latar-belakang saya.
Pada awal tahun ini saya telah melancarkan satu siri Seminar Kenali Potensi Diri yuran kursus percuma (Hanya bayar kos admin RM50/orang) dan telah disertai lebih daripada 33,000 orang peserta. Tetapi disebabkan tuntutan masa yang diperlukan, maka saya terpaksa menamatkan program tersebut pada penghujung bulan April yang lalu. Afdlin Shauki merupakan salah seorang tetamu undangan saya untuk berkongsi kisah kejayaan beliau.
Saya juga telah menghabiskan program 2- hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan yang telah membantu berpuluh-ribu peserta saya mengorak langkah yang lebih pantas dan jelas untuk membina kekayaan dan kejayaan sebagaimana yang telah saya lakukan setelah bangkit daripada kejatuhan.
Disebabkan permintaan beribu-ribu emel setiap hari daripada bekas peserta saya, ahli keluarga mereka, rakan-rakan mereka serta ramai daripada anda, maka saya telah memberikan sedikit ruang masa dan tenaga daripada saya untuk anda bagi berkongsi ilmu, mentor dan sistem yang pastinya berguna untuk memperbaiki hidup anda, mengatasi masalah kebocoran wang, mempelajari daripada saya bagaimana anda mungkin dapat satu cara merubah atau memperbaiki kehidupan anda dan keluarga anda.
Maka, saya mempersembahkan kepada anda Mini Seminar Dr Azizan Osman - "Hidup Luar Biasa" di beberapa bandar utama berdekatan anda. Anda boleh dapatkan tiket serendah RM30/orang (Group 3 orang) melalui www.HidupLuarBiasa.com atau hubungi 03-55191260 (Waktu Pejabat).
Untuk anda yang telah menyertai program SKPD yang lepas-lepas, anda juga boleh menyertainya bersama ahli keluarga anda tetapi adalah lebih baik anda berjumpa dengan saya di dalam program khas 3-Hari (Sebelum ini hanya 2 hari) Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan di Sungai Petani(16-18/7), Johor Bahru(23-25/7) dan Kuala Lumpur (30/7-1/8) yang saya lanjutkan program ini untuk kali terakhir pada tahun ini pada bulan Julai nanti.
Pendaftaran awal sebelum 15 Mei 2010 bakal melayakkan anda untuk yuran istimewa dan bonus istimewa daripada saya. Hubungi Richworks di 03-55191260/019-2442400 untuk info lanjut sekarang!
Jangan percaya cakap saya tetapi anda perlu bertindak dan try gunakan dalam hidup anda.
Pelajari bagaimana hidup anda boleh berubah menjadi luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan berkat menggunakan teknik Mentor Kekayaan & Kejayaan No.1 Malaysia, Dr.Azizan Osman
Kisah Katak
Anda pernah dengar kisah katak? Kisah katak di dalam bikar? Tidak pernah? Biar saya kongsikan lagi sekali. Sekumpulan pelajar sains telah menjalankan satu ujikaji di makmal menggunakan katak. Pada ujian yang pertama, katak tersebut cuba dimasukkan ke dalam satu bikar yang berisi air yang panas mendidih. Apabila katak itu dicampakkan ke dalam bikar tersebut, katak tersebut terus menggelupur melompat keluar dari bikar yang berisi air panas tersebut.
Kemudian, pelajar sains tersebut telah membuat ujian kedua. Di dalam ujian kedua kali ini, satu bikar telah digunakan untuk diisi dengan ketulan ais. Dan seekor katak telah diletakkan di dalam bikar dibawah ketulan ais tersebut. Memang katak suka dengan tempat yang sejuk dan seronaklah ia dibawah ketulan ais tersebut. Tidak lama selepas itu, pelajar sains tersebut bertindak memanaskan bikar yang berisi ais dan katak tersebut menggunakan penunu Bunsen yang diletakkan dibawah bikar. Bikar tersebut dipanaskan perlahan-lahan yang menyebabkan ais tersebut semakin lama, semakin cair. Setelah berubah menjadi air dan ianya semakin panas menggelegak, ironinya katak tersebut tetap tidak berganjak keluar dari air panas tersebut dan akhirnya ianya mati.
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah katak ini? Katak sebenarnya mempunyai sel memori, walaupun ianya adalah sel ingatan yang kurang, tidak seperti manusia, tetapi katak dapat merakamkan “perasaan” seronok kesejukan dibawah ketulan ais tersebut. Apabila ais berubah menjadi cair dan semakin lama semakin panas, katak tersebut tidak mahu “melepaskan”memori indah dibawah ketulan air, ia merasa cukup selesa dengan memori tersebut dan walaupun air semakin panas, katak tersebut tetap tidak berganjak dan akhirnya lebih rela mati daripada berubah atau bertindak keluar dari situasi tersebut.
Di dalam situasi kehidupan kita, ramai juga yang “terperangkap” dengan zon selesa (Comfort Zone) merasa selesa dengan apa yang ada dan tidak perasan yang kos sara hidup dan cabaran hidup di sekeliling mereka semakin hari semakin hebat. Ramai yang tidak perasan yang pendapatan yang biasa-biasa hari ini hanya mampu buat mereka hidup “biasa-biasa” sahaja hari ini dan akan datang. Ramai yang tidak sedar yang mereka semakin hari semakin menjadi “tidak mampu” untuk mempunyai banyak pilihan. Ramai yang tidak sedar yang mereka membesar dengan “termakan” dengan banyak kata-kata negatif atau program minda yang salah seperti “Hidup ini jadi orang sederhana atau biasa-biasa sudahlah, tak payah kaya sangat!” atau ayat seperti “Alah, buat apa jadi kaya tapi hati tidak senang, lebih baik miskin, tidak ada duit tapi hati senang!’ atau ayat seperti :”Cukuplah apa yang ada, hidup ini tidak lama, mati tidak bawa pun harta benda semua!”.
Itu adalah ayat-ayat “Minda Miskin” yang salah asuhan sebenarnya. Saya pun dulu banyak dipengaruhi oleh persepsi yang salah tentang kekayaan dan hidup luar biasa. Dan ianya menjadi penghalang atau paradigma yang menghalang saya untuk hidup luar biasa kaya dan berjaya serta diberkati.
Saya dapati untuk membina satu kehidupan yang cantik serta berjaya di dunia dan mudah-mudahan berjaya di akhirat. Kita perlu maksimakan hidup serta peluang yang diberikan oleh yang Maha Kuasa.
Kita tidak dihidupkan melalui proses yang “biasa-biasa”. Ibu bapa kita “bertemu” dan akhirnya kita dikandung oleh ibu kita serta dibawa ke mana sahaja di dalam tempoh 9 bulan 10 hari. Hari ini ramai daripada kita yang engkar atau malu dengan situasi ibu ayah kita dan ramai yang “membuang” ibu ayah mereka sedangkan ibu kita tidak pernah malu untuk mengusung kita di dalam kandungan ke sana sini ketika ia hamil serta sentiasa menjaga kita bila kita dilahirkan. Kita dijaga dengan perhatian yang luar biasa sehinggalah kita boleh berdikari tiba-tiba kita mudah terguris atau tersentuh hati serta merajuk dengan ibu bapa kita yang mencurahkan kasih sayang serta banyak pengorbanan yang luar biasa terhadap kita.
Tuhan tidak menjadikan kita hanya untuk hidup sekadar di pinggiran atau menjadi “biasa-biasa” sahaja. Di situlah perbezaan di antara yang mensyukuri nikmat serta yang tidak. Sekiranya kita bersyukur, kita akan melakukan yang terbaik di dalam kehidupan kita untuk diri kita, keluarga kita, anak bangsa kita, agama kita dan negara kita.
Adakah mustahil seseorang itu boleh hidup luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan sentiasa diberkati? Pastinya tidak mustahil. Ramai orang yang telah berjaya hidup luar biasa begitu, cuma kadang-kadang disebabkan hidup kita sekarang ini di kelilingi oleh “katak”, maka kita ingat semua orang hidup macam katak seperti kita.
Berjumpalah dengan saya di dalam mana-mana program Mini Seminar Dr.Azizan – Hidup Luar Biasa yang berdekatan dengan anda. Saya akan tunjukkan kepada anda apa yang anda boleh buat untuk meningkatkan kehidupan anda daripada “biasa-biasa” kepada luar biasa.
Hidup kaya, berjaya serta hidup harmoni dan dapat menyumbang kepada ramai orang lain.
Hidup ini singkat dan kita tidak mampu untuk hanya hidup “biasa-biasa” sahaja.
Jangan percaya cakap saya tetapi pastikan anda datang dan dengar sendiri betul ke hidup anda boleh jadi luar biasa? Nak tahu? Kenalah bertindak keluar daripada air panas yang menggelegak!
Kepada anda yang ingin belajar bagaimana mengubah hidup anda daripada "biasa-biasa" kepada Luar Biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati. Pastikan anda berada di dalam Mini Seminar Dr Azizan Osman- Hidup Luar Biasa. Layari www.HidupLuarBiasa.com atau hubungi 03-55191260.