Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Tahniah kepada anda yang telah mengenali potensi anda bersama saya di "Seminar Kenali Potensi Diri 2010" (SKPD 2010) di Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan hari Ahad di Johor Bahru.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih daripada saya dan Richworks kepada para pemberita serta rakan media dari pelbagai akhbar dan siaran TV yang telah meluangkan masa membuat liputan program SKPD 2010 semalam. Semoga anda semua kaya dan berjaya!
10 tahun dulu, apabila saya gagal dalam perniagaan yang saya ceburi serta selalu "melanggar dinding", saya selalu mencari "scape-goat" untuk meletakkan punca kepada kegagalan saya contohnya, saya akan salahkan rakan niaga saya, saya akan salahkan supplier, saya akan salahkan bank tidak beri saya pinjaman yang banyak, saya akan salahkan kejatuhan ekonomi sedangkan bila ekonomi dikatakan jatuh tetapi banyak juga orang menjadi lebih kaya dan berjaya.
Saya juga selalu menyalahkan pasaran atau kononnya tidak ada pembeli sedangkan sebenarnya saya tidak tahu atau tidak ada ilmu, mentor dan sistem tentang pemasaran.
Pada satu hari, saya bertanya kepada diri sendiri. Sebenarnya apakah kekuatan, kelemahan, bakat dan potensi diri saya, kenapa apa sahaja yang saya lakukan tidak atau kurang mendatangkan hasil. Maka ketika itulah saya mula belajar serta mengkaji tentang cara-cara atau kaedah yang ada di luar sana untuk mengenalpasti atau muhasabah diri.
Antaranya adalah menggunakan kaedah yang selalu digunakan oleh kaunselor iaitu DISC Analysia atau Profiling Test. Saya perlu menjawab berpuluh-puluh ada yang sehingga beratus-ratus soalan tentang diri saya sebelum data-data jawapan saya tersebut di analisa dan dikenalpasti watak atau profil diri saya. Masalahnya ialah ianya mengambil masa dan anda perlukan seorang kaunselor yang membantu menghuraikan jawapan-jawapan anda. Soalannya ialah ramai yang tidak suka berjumpa dengan kaunselor untuk berkongsi masalah anda termasuklah saya. Apatah lagi bila umur anda telah dewasa dan anda merasakan yang anda tidak perlukan pertolongan.
Kemudian saya mula mengkaji tentang kaitan antara tarikh lahir dan watak atau personaliti seseorang. Pada mulanya saya amat skeptikal dan rasa takut sekiranya kajian ini boleh membawa kepada ramalan atau tilik nasib sedangkan ianya adalah haram dan syirik dalam Islam. Untuk kepastian, saya telah meminta pandangan beberapa pensyarah dan pakar dalam Agama tentang kajian yang saya lakukan. Setelah menunjukkan hasil kajian tersebut yang 100% mengkaji tentang sains tingkah laku manusia serta persamaan atau perbezaan watak atau personaliti seseorang supaya lebih mudah untuk kita perbaiki sikap serta kelemahan diri seseorang, semuanya setuju yang ianya tidak ada kena mengena dengan ramalan atau tilikan nasib. Salah seorang pakar agama yang pernah diundang untuk menjadi pemerhati program saya adalah salah seorang Imam Masjid negara iaitu Ustaz Azhar Tuarano. Anda boleh melihat rakaman video komen Ustaz Azhar di laman web saya di www.skpd2010.com.
Sebelum saya berkongsi dengan ramai orang tentang kaedah ini serta teknik-teknik kekayaan dan kejayaan yang saya gunakan untuk merubah hidup saya dan lebih 30,000 peserta saya dalam tempoh satu tahun ini.
Saya sendiri telah menggunakan kaedah saya ini untuk memilih staf di syarikat terdahulu di mana syarikat tersebut merupakan satu organisasi pemasaran dan pengiklanan antarabangsa beribu pejabat di London. Ia yang mempunyai cawangan di lebih 24 buah negara di seluruh dunia.
Menggunakan kajian tarikh lahir inilah, maka ianya memudahkan saya mengenalpasti dan membuat pilihan staf serta memudahkan saya bekerjasama dengan ramai staf kerana saya lebih faham potensi, kekuatan serta kelemahan yang mereka perlu perbaiki. Ia juga menjimatkan banyak masa dan tenaga kerana ketepatan keputusan- keputusan yang saya perlu buat adalah lebih tinggi. Namun begitu, kajian mengenalpasti potensi diri ini tidaklah tepat 100%, tetapi anda akan melihat ketepatannya adalah di antara 80-95% sahaja. Tetapi bagi saya, ia adalah cukup baik dibandingkan dengan sekiranya saya tidak tahu bagaimana untuk mengenali orang-orang di sekeliling saya dengan pantas dan mudah.
Saya juga dapati yang melalui kajian ini, saya dapat memahami kekuatan watak seseorang itu lebih kepada bidang, jenis kerjaya atau perniagaan yang bagaimana. Memanglah tidak tertulis pada tarikh lahir tersebut tentang apakah kerja anda contohnya Bomba, Polis, Doktor atau ahli perniagaan, tetapi melalui watak-watak yang anda sendiri boleh sahkan samada anda sedar atau tidak yang anda memilikinya, ia adalah sebagai satu panduan untuk anda melihat potensi anda dengan lebih dekat lagi untuk anda merancang atau menilai jalan-jalan kekayaan dan kejayaan yang anda bakal pilih.
Seperti yang saya sebutkan di atas, kajian yang saya ajarkan serta teknik-teknik prinsip kekayaan dan kejayaan yang saya kongsikan di dalam program saya SKPD2010 telah membantu saya serta lebih 30,000 peserta saya memulakan dan meningkatkan kehidupan mereka dalam masa yang pantas, mudah dan terbukti berkesan.
Saya selalu percaya yang orang yang berpotensi untuk berjaya dan kaya adalah mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk merubah hidup mereka. Tetapi kadang-kadang yang mereka perlukan adalah ilmu, mentor yang telah berjaya serta sistem yang telah terbukti berkesan untuk mereka melonjak lebih jauh lagi. Penghalang utama kejayaan saya dulu adalah diri saya. Tetapi apabila saya telah mempunyai ilmu, mentor dan sistem, segala-galanya telah berubah. Begitulah dengan ramai yang lain.
Adakah anda penghalang utama kejayaan diri anda? Jangan salahkan orang lain jika anda gagal tetapi apa yang anda boleh lakukan sekarang ialah bertindak mendapatkan ilmu, mentor dan sistem kerana itu yang anda perlukan sekarang! Percayalah!
Berjumpa dengan saya di dalam program SKPD2010 dan saya akan tunjukkan potensi diri anda yang sebenar samada di dalam kehidupan, kerjaya atau perniagaan!
Hubungi 019/013-2442244/03-55191260 atau layari www.skpd2010.com sekarang untuk keterangan lanjut.
Dr Azizan Osman
P/S : Dapatkan hadiah daripada saya iaitu software tarikh lahir secara percuma di www.skpd2010.com sekarang!
Minggu ini saya akan berada di 3 lokasi di utara untuk “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010”(SKPD) dan saya juga akan berada di Melaka pada 24 April nanti serta di atas permintaan ramai, kami akan mengadakan program SKPD sekali lagi di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 25 April 2010 nanti. Pastikan anda mendapatkan tempat tiket supaya anda dapat kenali potensi diri anda lebih awal. Program ini hanya untuk anda yang berumur 18 tahun ke atas sahaja terutamanya anda yang serius ingin melihat perubahan di dalam hidup anda.
Sebenarnya saya dapati, ramai yang cakap je nak kaya atau berjaya, ramai yang cakap je nak ubah hidup mereka serta keluarga mereka, mereka cakap je yang mereka ingin menggunakan potensi diri mereka yang sebenar sepenuhnya tetapi mereka tak mampu untuk bertindak segera atau serta-merta untuk belajar kenali potensi mereka untuk mereka explore serta membongkar kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman di dalam mengenali dan menggunakan potensi diri mereka yang sebenar....... Alasan yang biasa kita dengar ialah........... “Tidak ada masa!”, “Sibuk!”, “Nantilah!” dan sebagainya. Kesian kan..... Hidup bertahun-tahun ibarat macam bertahun-tahun bawa kereta Ferrari tetapi tak tahu yang anda membawa kereta Ferrari dan anda drive macam bawa basikal........ Sebab tak ada masa 1 hari tentang bagaimana menggunakan kapasiti kereta Ferrari yang sebenar......
Menggunakan kajian tarikh lahir, anda TIDAK akan diajar bagaimana untuk meramal nasib atau menilik nasib, tetapi bagaimana untuk menganalisa kekuatan, kelemahan, bakat serta potensi terpendam diri anda supaya anda dapat memperbaiki diri anda dengan pantas untuk lebih berjaya di dalam tindakan anda. Kepada anda yang telah melalui pengalaman program SKPD bersama-sama saya.... Anda pasti menarik nafas lega kerana anda telah mengenali potensi diri anda serta anda berupaya merungkai potensi sesiapa saja di sekeliling anda.....
Tuan-tuan dan puan-puan,
Adakah anda mahu terus-terusan menggunakan hanya mungkin 5%-10% potensi diri anda yang sebenar?
Adakah anda mahu melihat anak-anak anda hidup dengan mencapai kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan serta mendapat keberkatan? Siapa tak nak betul?
Adakah anda mahu mengetahui cara menarik lebih banyak tarikan wang?
Saya telah melalui banyak ups dan downs serta “melanggar dinding” sebelum ini dan apa yang saya ajarkan di dalam SKPD adalah sesuatu yang bakal merubah hidup anda selama-lamanya Insya-Allah.
Saya percaya juga yang sekiranya anda ingin berguru especially tentang membina kekayaan serta kejayaan, anda mahu belajar dari orang yang telah mencapainya berulang-ulang kali. Jangan tertipu dan sangka yang anda boleh berjaya jika anda belajar tentang kekayaan dan kejayaan dari orang yang salah. Ramai yang cuba untuk menjadi mentor tetapi mereka ternyata hanyalah “mentol yang terbakar”, mereka pun masih tercari-cari kekayaan dan kejayaan.
Dalam banyak situasi, ramai ibu-bapa yang pasti akan berusaha samada bekerja keras untuk mencari rezeki serta mendidik anak-anak mereka ke arah yang ibu bapa inginkan.....Tetapi sayangnya kadang-kadang, ibu bapa sendiri tidak ada ilmu tentang potensi diri mereka sendiri, jadi bagaimana mereka ini mahu menyerlahkan potensi serta bakat anak-anak mereka? Ibarat ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalanlah kan?
Kaedah kajian sains tarikh lahir yang saya kongsikan di dalam program saya ini telah berjaya membantu ramai peserta saya untuk memulakan perubahan hidup mereka. Ramai sebelum ini yang teraba-teraba dan “melanggar dinding” kerana tidak tahu apakah potensi diri mereka yang sebenar, tidak tahu halatuju diri mereka yang sebenar serta tidak tahu bagaimana untuk mencari kerjaya atau perniagaan yang sesuai denga watak atau karektor mereka. Anda ingin tahu kenapa?
Sebab mereka sendiri tidak tahu, tidak ada ilmu, mentor atau jurulatih kejayaan serta tidak tahu sistem yang dapat membantu mereka.
Cadangan saya kepada anda di luar sana, walau siapa pun anda. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui cara atau kaedah yang telah terbukti berjaya untuk memperbaiki kehidupan anda serta lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan mudah-mudahan dirahmati Allah swt, cuba, try, test berjumpa dengan saya di dalam program SKPD saya nanti secara “live”, manalah tahu mungkin kaedah saya ini berguna untuk anda. Jika tidak pun, tak apalah, at least anda dah try. Selama ini pun dah biasa rugi RM20,000- RM30,000 kan? Tapi, try dulu. Saya tidak dapat merubah hidup anda. Tetapi saya boleh tunjukkan caranya, manalah tahu ianya sesuai dengan anda.
“Tak kenal tak kaya!”
Mentor kekayaan dan kejayaan anda,
Hubungi 019/013-2442244/03-55191260 atau layari www.skpd2010.com sekarang untuk keterangan lanjut.
Dr. Azizan Osman Perunding Potensi & Motivasi Diri