|
|
| Kembali ke semua blog | Blog 35 of 42 | Prev Next |
|
|
Punca Rezeki Sempit?
Papar pada 2010-06-09 , 10:38 AM
Punca Rezeki Sempit?
Salam semuaApa khabar? Semoga anda semua sejahtera bersama keluarga tercinta!Sepanjang minggu lepas saya telah berada di 3 lokasi di utara iaitu Alor Setar, Seberang Jaya dan Ipoh untuk Mini Seminar Dr.Azizan Osman-Hidup Luar Biasa. Tahniah kepada anda yang mempunyai kuasa bertindak yang luar biasa serta berjaya mengorak langkah yang pertama di dalam perubahan hidup anda. Penyertaan saat akhir oleh ramai peserta juga telah menyebabkan tempat duduk di dalam dewan di 3 lokasi tersebut tidak mencukupi dan sesak sehingga ada yang sanggup untuk duduk di atas lantai serta berdiri semata-mata ingin mempelajari rahsia kejayaan bagaimana mengubah hidup mereka dari "biasa-biasa" kepada kehidupan luar biasa. Saya benar-benar berharap yang anda yang ingin menyertai program saya agar mendaftar lebih awal bagi kemudahan anda. Tahniah lagi sekali!Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Habib (S.H.Alattas) yang sudi terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menyertai program saya serta sudi berkongsi pengalaman beliau serta memberikan tips-tips kejayaan luar biasa kepada anda peserta di Seberang Jaya! Anda sangat beruntung kerana berpeluang untuk belajar dari seorang yang hebat seperti Pak Habib yang saya gelar sebagai "Wali Hidup" yang masih hidup. Terima kasih Pak Habib (www.shalattas.com). Semoga buku kita gabungan "Akal & Minda" yang akan dilancarkan tidak lama lagi gabungan tulisan dan pengalaman yang muda (Sayalah tu!) dan Pak Habib yang sangat luar biasa bakal memberikan inspirasi kepada anda di luar sana yang masih teraba-raba mencari jalan mengubah kehidupan anda dan keluarga!Berapa ramai daripada anda yang masih menghadapi masalah kesempitan wang? Cuba angkat tangan!Berapa ramai lagi yang ingin terus-menerus hidup macam tu?Nak? Tak nak? Terpulang..... Pilihan sebenarnya bergantung kepada tahapan ilmu kekayaan dan kejayaan yang anda ada.Kekayaan dan kejayaan sebenarnya bukan bergantung kepada berapa tinggi usaha anda semata-mata. In fact, saya dapati ramai jer yang sangat rajin bekerja siang dan malam tetapi end-up makin sempit wang dan ada yang kehidupannya semakin susah.Ada yang kata sudah takdir qada' dan qadar yang mereka hidup susah. Adakah itu benar? Adakah anda peramal nasib dan pakar penilik nasib macam setengah orang di sekeliling kita yang cukup pandai menentukan takdir seseorang mengikut suka hati mak bapak mereka? Bila kita kata kita nak perbaiki hidup kita atau ingin kaya, mereka akan cakap, "Tak payahlah jadi kaya, jadi orang biasa-biasa dah lah...!".Bila kita kata kita nak cari ilmu dan belajar daripada orang yang telah berjaya contohnya melalui kelas saya, mereka ini akan bercakap seperti biawak yang terjelir-jelir lidah ditepi longkang, "Eleh.... Nak belajar jadi kaya konon! Boleh ker?".Sebenarnya mereka inilah biawak yang telah meracuni minda dan hidup anda agar terus percaya yang anda memang dilahirkan miskin dan anda perlu terus hidup miskin macam mereka sebab sekiranya anda berilmu, ada mentor dan hidup berubah jadi berjaya, maka nanti kurang seorang ahli "Kelab Minda Miskin dan Hidup Miskin" seperti mereka.Adakah anda percaya yang anda memang dilahirkan hidup sempit, selalu kebocoran wang, tidak bahagia, tension, banyak masalah tidak putus-putus?Jika itu kepercayaan anda, maka tidak peliklah hidup anda terus "biasa-biasa" sahaja.Tetapi, jika soalan anda kepada diri anda ialah "Sampai bila aku mahu hidup biasa-biasa, buat bisnes rugi, duit asyik tak cukup atau bocor serta sampai bila kita nak hidup di belenggu hutang yang berlipat ganda?" serta jika soalan anda ialah "Boleh ke aku ubah hidup aku kepada lebih baik lagi sebenarnya?", "Boleh ke aku tukar jadi orang yang kaya dan kaya lagi?".Jika itu adalah soalan-soalan penting yang anda tanyakan pada diri anda, maka nasihat saya untuk sekali ini ialah cuba hadir dan tengok sekali sahaja kenapa berpuluh ribu orang menyertai program saya "Hidup Luar Biasa". Kenapa Pak Habib seorang yang sangat berjaya dan hebat serta orang yang telah menulis lebih 60 buah buku telah menawarkan diri untuk menyumbang kepada misi perubahan hidup luar biasa yang saya bawakan kepada anda di luar sana melalui Seminar Hidup Luar Biasa yang yurannya langsung tak cukup nak cover kos pemasaran program ini iaitu serendah RM30/orang (Pendaftaran kumpulan 3 orang sahaja) atau RM45/orang.Peserta saya datang daripada level jutawan oil & gas, pengarah syarikat, usahawan dari perniagaan MLM, perniagaan kecil-kecilan ke besar-besaran, eksekutif, orang yang bekerja swasta, pengarah jabatan, pegawai atau orang yang kerja kerajaan, doktor perubatan, peguam, surirumah dan ramai lagi. Datang sendiri dan tengok sendiri serta dengar sendiri bagaimana hidup bekas peserta saya yang telah berjaya mengubah hidup mereka daripada "biasa-biasa" kepada hidup luar biasa!Bertindak sekarang kerana orang yang berjaya mereka tidak terhegeh-hegeh untuk bertindak!
Dr. Azizan Osman
| |
| Comment
| | 1. | assalammualaikum DR.. terlebih dahulu saya bersyukur ALLAH kerana telah dpt mengikuti program2 sehingga ke peringkat IRKMJ di park royal setelah mengharungi pelbagai rintangan (dah rentu masalah kewangan lah..) dan saya ucapkan jutaan terima kasih kerana telah memberi ilmu dan tunjuk ajar utk bebas drp segala masalah.. cuma saya ingin minta nasihat drp DR, sejak 5 bulan lepas, masalah saya yg dulu seolah olah kembali semula iaitu masalah kewangan, perniagaan 'sejuk', masalah dgn isteri walaupun saya masih lakukan apa yg diajar.. di mana silapnya SAYA TAK PASTI.. saya sgt2 berharap agar DR dpt memberi paduan untuk saya kembali luar biasa.. walau bagaimana pun ada juga perkara2 yg manjadi kenyataan dgn WATER TRIGGER.. TERIMA KASIH - by mohd nazri bin abu hassan, 2010-07-17, 4:35 PM
| | 2. | Dr saya nak tanya dgn dr, blh tak dr buat seminar kat sarawak..kami nak sgt ikut program dr,d sbbkn masalah kewangan..lh kami masi lagi hidup dlm kehidupan yg biasa-biasa..kami mauk jua merubah cara kehidupan spt org yg dh maju,berjaya,kaya,berpontensi dn selalu berfikiran positif..kami selalu baca blog dr sebagai langkah pertama utk membuka minda dn menjadikn setiap ayat-ayat dr jadi pendorong dlm setiap kami memulakn sesuatu perkara.Tapi dr kami belum yakin dgn kebolehan diri, kadang-kadang teragak-agak. Kami harap sangat-sangat dr dpt menunaikn impian Kami utk merubah kehidupan yg biasa-biasa seperti org yg dh dr ubah minda dn pemikiran menjadi org yg sukses,hidup dlm kesenangan dn kaya.Hope so dr..Please... - by nur, 2010-06-28, 5:14 AM
| | 3. | S.O.S
Ada yang kata sudah takdir qada' dan qadar yang mereka hidup susah. Adakah itu benar? Adakah anda peramal nasib dan pakar penilik nasib macam setengah orang di sekeliling kita yang cukup pandai menentukan takdir seseorang mengikut suka hati mak bapak mereka? Bila kita kata kita nak perbaiki hidup kita atau ingin kaya, mereka akan cakap, "Tak payahlah jadi kaya, jadi orang biasa-biasa dah lah...!".
Adakah anda percaya yang anda memang dilahirkan hidup sempit, selalu kebocoran wang, tidak bahagia, tension, banyak masalah tidak putus-putus?
- by Latifah, 2010-06-21, 3:59 PM
| | 4. | Syabas Sifu,
Walaupun saya pernah mengikuti seminar ini tetapi saya pasti akan mengikuti nya lagi dan kali ini bersama-sama anak-anak saya yang dikasihi untuk bersama membuka minda yang lebih luas bagi menjadi insan yang luar biasa, yang berjaya dan kekayaan.Saya telah pun mendaftar bagi kursus 'Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan yang aan diadakan di Sg. Petani.
Semoga mendapat keberkatan. Amin. - by Senapi B. Ismail, 2010-06-20, 10:30 AM
| | 5. | boleh tanya sikit bagaimana dengan saya penduduk singapura siapa yang kit contact. - by Mohd Sufee Bin Sulaiman, 2010-06-18, 6:22 PM
| | 6. | Assalammualaikum...
saya setuju dengan apa yang Dr tulis dan saya percaya perkara itu betul dan saya juga mengalaminya.tapi saya masih tidak tahu apa yang harus saya lakukan untuk merubah nasib saya..dengan masalah kewangan yang sempit ditambah pula dengan masalah peribadi yang lain..memmang sangat tertekan dalam usia saya yang baru 21 tahun banyak yang kurang kesabaran dan pengalaman..setiap kali masalah datang saya hanya mampu menangis dan bertanya apa yang mesti saya lakukan untuk saya ubah nasib saya...tapi buntu..saya sangat tertarik dengan program yang Dr adakan tapi saya tidak ada peluang untuk menyertai, mungkin pada Dr itu semua alasan yang mudah tapi bagi saya ia satu kesukaran yang saya tidak dapat selesaikan..saya tinggal di pulau pangkor,untuk mmenyertai program Dr agak sukar disebabkan kekangan kewangan,pekerjaan yang sukar mendapat cuti dan masalah keluarga yang berlaku..saya berharap satu hari saya pasti akan menyertai program Dr.. - by mariam binti ismail, 2010-06-18, 10:21 AM
| | 7. | Salam DR. AZIZAN! Saya n wife baru shj menghadiri your seminar class di JB minggu lepas. Tepat n benar skali points yg dr. sampaikan at that nite. We are actually looking forward to your next workshop yg 3hari 2 malam tu. Hope to see u again ya! :) - by n.Jezi Ibrahim, 2010-06-13, 10:59 PM
| | 8. | Salam...bersyukur kpd ALLAH SWT krn tlh mnjdkn sy seorang insan yg luar biasa berkat tunjuk ajar dari Dr.Azizan n berjuta2 terima kasih khas untuk Dr..Hanya Allah SWT shj dpt mmbls sgl budi n ilmu yg tlh Dr. curahkn pd kami.. - by Johariah Yusoff, 2010-06-13, 8:22 AM
| | 9. | Ya, betul apa yg dikatakan Dr. tu! Saya baru sahaja menghadiri kelas Dr. Azizan tempoh hari di Mawar Johor Bahru. 90% of what u said in your seminar is similar to most books(motivational&self-development etc...) that I've read. Cuma skrg saya faham yg kita perlu ada Mentor to push us through n understand ape yg kita lakukan. And last but not least, Bersyukur :). Saya harap akan dapat berjumpa Dr. disesi lanjutan seminar (3HARI2MLM) ini kelak ya!
TERIMA KASIH! - by Nuwizar Jezi Ibrahim, 2010-06-12, 2:38 PM
|
|
|
|
|
|
|